Sunday, November 27, 2011

PERGOLAKAN DI MESIR

dah lama nak update pasal mesir ni, tapi asyik busy je, busy dengan pelaburan. lepak minum sampai 4 pagi, borak benda yang sama je. entah apa yang life sangat.


macam biasa jugak entri yang berbaur politik, Islamik kurang dapat sambutan dari readers. apa readers nak? porn joke, fashion, gosip pasal boipren kaorang. gua peduli apa, gua berblogging bukan untuk tambahkan jumlah follower ataupun duit nuffnang tapi naluri suka berkongsi yang bagi semangat pada jari jemari ni untuk terus menaip berkongsi ilmu dengan readers. so, terima kasih banyak untuk siapa yang dah click pada entri ni. teruskan membaca..


back to the main point, kita dari beberapa bulan lepas dihebohkan dengan masalah pergolakan di Mesir. banyak rusuhan, bom meletup sana sini, pelajar kita kena rogol dan macam-macam lagi. maka Najib didesak membawa pulang pelajar-pelajar kita yang dekat sana, dikhuatiri keselamatan terancam.


dilaporkan, pelajar kita kat sana daerah Mansoura hidup dalam ketakutan. orang tepi jalan dibunuh, rumah kena rompak dan lebih teruk lagi, 6000 banduan penjara berkeliaran di jalanan. Kapal Bunga Mas 5 dan 3 kapal terbang C-130 TUDM telah pun dihantar dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia yang berada disana dan Alhamdulillah semua selamat sampai di Malaysia. sekarang, dah balik sana balik pun.







APA PUNCA RUSUHAN?


pada entri lepas-lepas, gua ada cerita pasal Gaddafi, tapi itu masa dia dah tewas di tangan rakyatnya sendiri. sekarang rusuhan di Mesir pulak. dan sekarang, orang cakap musim kebangkitan negara-negara Arab terhadap pemerintah mereka. tahun ni juga, Gaddafi Presiden Libya mati dibunuh rakyat sendiri, Presiden Tunisia, Ben Ali didesak rakyat untuk meletakkan jawatan, dan kini rejim Hosni Mubarak pemerintah Mesir berjaya ditumpaskan rakyat mereka.


apa yang berlaku di Mesir adalah akibat daripada rasa ketidakpuasan hati rakyatnya terhadap pemimpin Hosni Mubarak sendiri yang disifatkan pemimpin korup. Mesir takda kemajuan yang pesat, rakyat ditindas, kritik sikit kena penjara. dan yang paling menyakitkan hati, Hosni Mubarak menghalang talian hayat atau bantuan kepada penduduk Palestin dimana pintu sempadan ditutup dan bekalan makanan disekat.


Mubarak sedap makan duit poket kerajaan Amerika bagi, sedangkan saudara kita di Palestin mati kelaparan tanpa sebarang bantuan. Nauzubillah, benarlah kata orang, semua benda boleh dibeli termasuk harga diri.


gambar diatas menunjukkan rejim Mobarak menyerang rakyat Mesir yang memberontak dengan menyemburkan gas pemedih mata. bila Mobarak sedap makan duit haram, rakyat apa dia kisah? Entah apa yang ada di pikiran Pak Mubarak yang tega menutup mata atas teriakan warganya dan nyawa yang telah hilang kerana kekukuhannya memeluk takhtanya. tak bawak masuk kubur pun la woi.


Mesir berada di tahap kemiskinan yang ditetapkan PBB iaitu AS$2 sehari atau RM6.10. kemiskinan, pengangguran, dan kenaikan harga makanan mengancam rejim Mubarak. ketegangan antara penduduk Islam dan Kristian memburukkan lagi keadaan.


dan sekarang, Hosni Mubarak telah pun meletakkan jawatan. namun, masalah tidak berakhir disitu. selepas perletakan jawatan Mubarak, berlaku kekosongan pemerintahan dan diambil alih oleh tentera yang merupakan rejim Mubarak sendiri. macam Chin Peng ambik alih Tanah Melayu lepas Jepun undur dulu tu.


mulanya, rakyat setuju tapi mereka seolah-olah nak monopoli terus kerajaan Mesir yang membawa kepada pemerintahan tentera seperti yang berlaku di Turki beberapa lama dulu. bermakna, kalau ada election sekalipun, perdana menteri yang dipilih hanya ada berapa percent kuasa je.


jadi, rakyat Mesir sekali lagi berkumpul dan berkhemah untuk menunjukkan protes. mereka berjuang mati-matian untuk mendapatkan semula keamanan dan pemerintahan telus dalam kerajaan Mesir. yang lebih gua tersentuh hati, mereka semua yang berjuang ni, siap tulis nama dan nombor telefon orang terdekat yang boleh dihubungi pada lengan diaorang, in case diaorang meninggal masa bertempur dengan pihak tentera mayat diaorang takla dibiarkan macam tu je.
diaroang dah redha, diaorang tahu kemungkinan diaorang akan meninggal sangat tinggi, makanya persiapan awal dibuat. tak takut mati punya orang. indah dan amannya dunia kalau seluruh umat Islam mempunyai semangat juang sebegitu. Allahuakbar!




Netanyahu pulak macam biasa sebarkan cerita karut marut dia, kononnya pergolakan di Mesir ni akan menjejaskan kestabilan serantau. pak hang la..sedangkan dia tengah takut sebab negara-negara Arab sekarang tengah menggeledak di mana pemimpin-pemimpin korup yang ikut cakap Netanyahu ni mula dijatuhkan sorang demi sorang.


dan bila negara-negara Arab yang keliling Israel dah mula berpaling tadah, dia tinggal sorang-sorang seciput je dengan orang yang tak suka dengan dia. nak geng ngan Amerika bolehh, tapi jauh. bila tinggal berjiran dengan orang yang tak suka dia, dia pulak buat kepala dia, kacau orang sana sini, orang Arab dah mengamuk tau la dia.


konklusi di sini, kita sebagai umat Islam sama-samalah kita berdoa agar saudara kita yang ditindas di Mesir, Palestin atau dimana saja akan dapat pertolongan dari Allah yakni seluruh umat Islam bersatu menentang kuasa jahat yang sentiasa nak menjatuhkan kita. ALLAHUAKBAR!


jom layan Maher Zain..dengar lagu ni buat gua membara-bara nak update entri ni.

1 comment:

naz nazi said...

mcm mna nak decorate blog?