Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung!

selamat tengahari kaorang!
dah lunch belum? sudah? dushhhh aku siku muka kau!
dasar tak puasa.
pejam tak celik-celik, tahu je dah hari last puasa
esok pulak raya.


tahun makin tahun, seri raya makin malap.
sebab apa pun aku tak tahu.
mungkin sebab usia makin meningkat maka duit raya pun berkurangan!


aku teringat masa darjah 3 4 dulu-dulu.
malam sebelum raya dekat taman nenek aku mesti buat takbir raya dari rumah ke rumah,
biasanya takbir raya lelaki je yang pergi kan,
aku dengan muka tak tahu malu ditepek taik lembu,
selamba badak je ikut join sekali dengan rombongan lelaki tersebut.
aku sorang je perempuan yang paling besar masa tu,
yang lain-lain budak setahun dua.
lumayan woooo, dalam satu malam tu duit raya boleh dapat dalam RM100 lebih,
penuh karung baju kurung aku menampung sampul raya.
balik rumah je lawan kira duit raya siapa paling banyak dengan sedara aku yang lain,
patutlah dah besar materialistik, sikit laa, sikit je.

tapi bila aku dah boleh berfikir,
dah tahu malu sikit, kata orang tu dah jadi anak dara lah,
aku tak ikut pergi takbir.
sekarang, malam raya aku pulak yang duduk kat rumah serve makanan dekat orang takbir.


ok stop with the memory lane.
sekarang aku dah ada dekat rumah opah,
semalam dah nak dekat berbuka baru bertolak,
lepas tu berhenti sekejap dekat R&R Seremban kot,
berbuka dekat sana.
makan sandwich telur dengan mi sup, nyumnyum!
lepas perut dah memboyot,
aku dengan adik beradik aku yang lain lepak kejap dekat situ hilangkan mual.
kakak aku keluarkan laptop, dan macam biasalah otak gila aku ni,
kitorang webcam macam orang zaman purba baru jumpa teknologi.


Anak tapir baru lepas guna Colgate
                                        

beruk kekenyangan
                                              

cicak makan lalat
                                                    

baru lah normal sikit.
Awwwwwww!
                                            
dah macam zoo dah,
tapir, cicak, beruk semua ada.
lepas tu baru lah gerak ke Kuala Lumpur,
bandar yang di agung-agungkan budak bodoh, haha.
kitorang pergi Jalan TAR sekejap, carik tudung raya,
aku pulak nak tekucil,
dah terkepit-kepit tengah orang ramai tu, tahan je lah,
sampai dah nak pukul 12 bapak aku call pulak tanya dah sampai  rumah opah belum,
punya cuak masing-masing nak menjawab,
ingatkan nak kena maki sebakul,
rupa-rupanya En.Shahriman suruh balik sebelum pukul 12 je.
itulah ending 1 hari yang panjang semalam.


apa-apa pun kan, aku nak buat dosa jugak hari last puasa ni.
aku terbaca blog sorang budak ni,
entri dia buat aku tersentap sekejab lah.
pasal dia curik idea penulisan aku yang tak berapa nak kreatif ni,
dia edit sana edit sini kasi tambah ayat power dia sikit,
biar nampak cool.
dia ingat aku tak perasan agaknya,
kesian minah tu, nak nampak best punya pasal sampai copycat orang,
PATHETIC.

*mengeluh
bila laaa follower blog aku ni nak cecah ratusan,
boleh letak nuffnang.
berangan lah kau minnnnn!

apa-apa pun selamat hari raya kaorang,
kumpul duit raya banyak-banyak sampai ribu riban,
boleh menunjuk kat sekolah nanti!

2 comments:

frdauz_angah said...

mgimbau knangan lame amat myakitkan n mnyiksakan,but,skarang ialah kenyataan yg hakiki,what goes around,comes around..u mke everyone proud when u get ur straigt line like this,,keep it up min...

fairestmaiden said...

straight line? wohoooo!