Saturday, September 11, 2010

Michael Jackson


ini entri yang ke 3 untuk hari ini,
sungguh aku tak ada kerja nak buat.
aku peminat Michael Jackson, tapi lepas dia meninggal baru aku minat dia.
rasa menyesal pulak tak minat awal-awal.
so aku search pasal arwah pakcik aku ni,
dan aku jumpa banyak fakta menarik tentang dia.


orang ramai kata dia buat plastik surgery untuk putihkan kulit dia yang melegam,
ada jugak yang kata dia berpenyakit,
tapi mak aku kata ''takkan lah natural, dari hitam terus putih. kalau camtu umi pon nak!''
but the fact is,
arwah MJ menghidap satu penyakit kulit yang sangat jarang terkena pada manusia,
penyakit tu di panggil Alpha-1,
si pesakit kurang antrypsin dan penyakit ini hanya ada 1 daripada 8000 orang dalam dunia ni,
bestnya kalau aku kena,
takpayah nak tepek foundation kejadah semua.


korang pernah tengok tak video MJ yang buat action nak terjatuh tapi tak tu,
konon anti grafiti tuu,


dulu puaslah aku nak buat macam tu,
sampai tergolek dog,
punyalah memuji si MJ ni ada kaki magic,
rupanya dia ada kasut bot anti graviti khusus untuk melawan graviti.



MJ sign surat wasiat dia pada tarikh 7/7/2002

upacara penghormatan terakhir di buat pada 7/7/2009

MJ anak ke 7 dari 9 orang adik beradik

MJ dilahirkan pada tahun 1958, 19+58=77

MJ meninggal pada 25 haribulan, 2+5=7

dua lagu hits MJ iaitu ''Billie Jean'' ngan ''Black & White'' berada pada carta nombor satu dunia untuk 7 minggu

ada 7 abjad pada Michael dan Jackson

wallaweh, kebetulan atau disengajakan atau takdir?
cuba korang cari 1 common thing dekat aku?

Min kentut 7 kali setiap hari

Min korek hidung dan calit pada 7 tempat setiap taiknya

Min mentedarah 7 kali sehari

ahh, aku dah mula merepek,
back to the topic, in my own opinion aku rasa MJ ni sangat baik orangnya,
buktinya, MJ telah membelanjakan harta dia yang bertimbun-timbun tu dekat mangsa banjir, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan banyak lagi.


masa kes liwat MJ di siasat, dia melarikan diri ke Bahrain,
dekat sana dia jadi tetamu khas anak Sultan Bahrain,
masa tu laa dia belajar mengaji, sembahyang dan banyak lagi selama 3 tahun.
21 November 2008 baru lah MJ peluk Islam dekat rumah bestfriend dia.
dia jugak dah pergi haji dengan Sultan Bahrain dan anaknya.



untuk konsert dia yang terkahir, dia buat agenda tersendiri,
dia memaklumkan tu adalah konsert terakhir dia lepas tu dia ingat nak umumkan pengislaman dia masa tu,
MJ jugak berhasrat nak nyanyi lagu Give Thanks To Allah masa konsert tu dengan Yusof Islam, sebab tu lah MJ pilih London bukan USA,
buatnya dia tengah nyanyi tiba-tiba bom melepet dekat hidung dia tak ke naya!




pada jam 2.26 pagi 25 Jun 2009, MJ disahkan meninggal dunia,
masa call 911 untuk panggil ambulan,
banyak pulak soalan yang ditanya macam ''hah MJ? sapo tuh?''
kononnya tak tahu siapa MJ,
orang kata ada pihak nak melengahkan masa menyelamatkan MJ,
tambah pelik bila pihak hospital kata autopsi boleh dikeluarkan lepas 2 bulan,
sedangkan teknologi sekarang dah power sungguh.
sudahnya family MJ upah private doktor untuk buat autopsi.


keluarga MJ nak dia dikebumikan secara Islam,
tapi CIA ugut keluarga MJ,
kalau pengebumian secara Ilam disiarkan dekat tv,
mak MJ takkan dapat hak penjagaan anak-anak MJ,
tapi Debbie Row yang dapat.
akhirnya, diorang kebumikan MJ secara Islam dekat Neverland,
tapi dengan syarat satu pengebumian tipu-tipu secara Kristian dibuat,
sebab tu lah keranda si MJ ni tak terbukak time funeral tu,
sebab dia tak ada dalam keranda tu.
ini semua dilakukan semata-mata nak tunjuk kat dunia MJ bukan Islam.
apa yang nak diherankan kalau dia Islam pun,
ramai lagi artis Hollywood masuk Islam,
Snoop Dog, Chris Tucker, ramai lagi lah dah Islam.




ramai jugak yang kata MJ bunuh diri,
tapi takkan lah MJ nak bunuh diri lepas dah beriya berlatih 2 bulan untuk konsert dia tu.
hasil autopsi macam terkejut jugak,
orang kata rambut dia dah banyak gugur sampai dia kena pakai rambut palsu,
dia jugak tak makan apa-apa pun sebelum dia mati melainkan pil,
dekat badan dia jugak banyak kesan suntikan sana sini.



huduh bebenornya kome MJ!
entah betul entah tidak gambar ni,
layan jela.
sebelum aku minat dia,
i was wondering why people always make fun of him,
muka dia memang lah agak kelakar tapi orang asyik nak kata buruk pasal dia,
kata dia cabul budak lah apa kejadah haram semua,
tapi bila aku baca artikel pasal life dia,
aku sendiri dapat rasa MJ ni sangat baik orangnya.





Michael Jackson, 1958-2009.
Al-Fatihah.




2 comments: