Sunday, September 12, 2010

Jalan-Jalan




semalam aku pergi jalan-jalan dengan kakak aku, adik, sedara dan makcik aku,
tapi kitorang berpecah sebab aku lepak dengan angah, my BFf,
yang lain pergi BB, aku pergi tengok wayang dengan angah dekat TS je.

da sampai tempat wayang tu kitorang pun beratur lah,
panjang jugak kena beratur,
kitorang pun berborak lah sampai turn kitorang tiba,
kitorang pergi kaunter perempuan india jaga..


aku: cerita apa paling terdekat?
dia: tak ada, resident evil 320, piranha full, yang lain semua full.
aku: tengok king of fighters tu (sambil tunjuk skrin)
dia: sit depan sahaja yang ada. nak?
aku: eh, taknak nanti tengkuk terkehel. err, old cow vs. tender grass?
dia: 420.
aku: haa tengok vampire sucks tu macam ada sit lagi jee.
dia: baris ke 3 2 1, mahu?
aku: taknak lah, depan sangat.
dia: yang ada sekarang 4 madu, 150, sit pun banyak kosong lagi, mahu?
aku: ahh tak suka lah cerita melayu!
dia: step up, 230 masih ada sit. premium tiket RM17.
aku: mak oooiiii 17 hengget? baik aku pergi makan Mcd.
dia: apa kata you pergi tengok skrin dekat depan sana lepas tu datang sini balik?
aku: alahaii, yelah! bak sini Vampire suck tu, bagi sit paling atas yang ada.
dia: sit 12 dan 13, enjoy your movie bitch! (dia cakap dalam hati agaknya)




padan muka india tu (padahal aku yang salah ni)
sudahnya aku tengok Vampire Sucks je laa
bukan cerita tu tak best tapi pasal aku dah tengok dekat rumah,
tapi fun jugak tengok berulang-ulang,
rasa nak baling betik busuk je dekat skrin tu.
kelakar siud cerita tu,
aku suka part ni..


"do you know who we are?"
"you're the black eyed peas?"
HAHA, babi je part ni,
tergelak sampai terkencing!


part atas ni pun macam celaka jugak,
tapi yang lagi celaka pompuan-pompuan belakang aku,
gelak macam kuda!
lepas tu bercakap tak habis-habis,
"ha, dia pergi sana tu, haa, dia dah masuk bilik! haa, dia pakai bra ada lampu! bla3"
aduhhai, skrin tu besar depan mata orang,
kenapa dia kena sebut balik setiap movement pelakon tu..
ada jugak orang macam tu dalam dunia.


lepas dah tengok wayang, kitorang jalan-jalan,
shopping sikit, pergi loyat hantar handphone nak repair,
lepas tu makan dan angah pun balik.
kitorang yang lain pergi Sogo,
makcik aku shopping situ,
aku dah terduduk dekat tangga depan Sogo,
dah letih tahap gaban dah sampai tak boleh jalan,
dalam 830 kitorang pun pulang ke rumah opah tercinta..

alia and me
halaamakk so gojes nyah!

1 comment:

Anonymous said...

ooooo ... pecah lobang. Kata dgn opah, traffic jam, rupe-rupenya .... hmmmphh!

Paksu A/K Opah Tercinta